KONSPIRASI MAHARAJA - Catatan hati Prof. Dr. Adnan Gul


Namun pertempuran untuk hancurkan Islam dan nilai-nilai kemanusiaan Islam gagal. Sejarah yang berakhir (ditahan sebentar) atau legasi gemilang itu hidup kembali. Perasaan dan fikiran kembali ke dalam hati iman yang pernah menjadi takhta kebejatan hasil tusukan dunia asing yang langsung tidak natural.

Barat memandang dengan cemas, kerana peradaban besar ini mulai meningkat. Justeru mereka cuba untuk kesekian kalinya membedil dunia dengan racun yang menyatakan tempur ini ialah demi hati dan pemikiran mereka, demi untuk kekalkan supremasi liberal, juga doktrin kesamaan dan kebebasan tiada tara yang palsu.

Namun sel-sel penjara Bagram, ketidakadilan Guantanamo, kekejaman Fallujah dan dalam banyak penjara rahsia di seluruh dunia, ternyata gagal. Gagal dengan pesawat dan teknologi dron serta gerembolan militeri upahan berupa geng-geng ala-Mafia dan ala-Yakuza.

Bercakap tentang kebebasan dan kesaksamaan? Walhal... apa Barat buat untuk pelarian perang yang mereka juga mulakan! Kesaksamaan konon, sedangkan ekspresi politik Islam di Mesir dihalang. Maknanya ialah apa sahaja dibuat untuk menghalang Islam dari diamalkan di mana-mana jua. Ia pelan ribuan tahun, bahkan mungkin jutaan tahun?

** Sudikan baca di sini.

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

Akan aku perjuangkan!



Web Sutera atau nama sebenar Hizamnuddin bin Awang pernah menjadi Editor bagi subjek matematik di salah sebuah syarikat penerbitan. Selepas itu selama 11 tahun bekerja di MIMOS Berhad dan JARING Communications Sdn. Bhd. sebagai Penyelidik dan Pegawai Pemasaran yang fokus tugas kepada penulisan bahan-bahan pemasaran, pendidikan ICT/Internet dan branding.

Setakat ini saya sudah hasilkan 5 buah novel – 4 bersama Galeri Ilmu dan sebuah bersama Must Read. Senarai seperti di bawah.

1) Macedonia: Alexander Agung (Hijab Raja Zulqarnain), 470 muka surat, tahun 2012.
2) Konstantinopel: Kibaran Panji-panji AL-FATEH, 885 muka surat, tahun 2013.
3) Perang Armagedon, 480 muka surat, tahun 2014.
4) Nakhoda Agung, 231 muka surat, tahun 2014.
5) Baitulmaqdis: Perang Armagedon, 427 muka surat, tahun 2015 (bersama Tuan Khairy Tajudin).

Insya-Allah, sedikit masa lagi sebuah novel bersama Jootawan Book akan diterbitkan, yakni Gua Cinta: Travelog Mujahidin, 415 muka surat. 

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

NAKHODA AGUNG - Di mana Paran?



Beratus-ratus tahun kemudian, Tarsus, Empayar Rom

Penghuni gua tidak menyedari apa yang terjadi. Begitu jua orang-orang di luar, sama ada dekat atau jauh, sama ada berfikir akan peristiwa itu atau tidak. Sedangkan pelbagai peristiwa buruk dan baik berjalan seperti tindakan manusia, dalam peraturan dan takdir Allah Taala.

Nyenyak para pemuda di dalam gua bagaikan mati, tetapi tidak mati. Roh-roh mereka berada dalam genggaman Allah yang Maha Pengasih. Sesungguhnya Allah dengan Maha Kuasa-Nya menjaga mereka secara tertib manusia biasa. Ilmu itu milik Allah selamanya.

Walaupun telinga para pemuda itu ditutup oleh Allah, tetapi demi cinta-Nya, Allah tetap membuatkan mata mereka terbuka sehingga tidak rosak. Udara mudah memasuki saraf-saraf mata. Sedangkan dari masa ke semasa untuk suatu tempoh, badan mereka beralih ke kiri dan ke kanan siling berganti.

Sementara itu si Qitmir tetap berada di posisinya, tidak berubah, setia dengan janji bersama tuannya. Duduknya si Qitmir di luar pintu gua bagi membenarkan para malaikat memasuki ke tempat pembaringan hama-hamba Allah yang taat. Anjing itu turut menerima berkah dan manfaat Allah kerana bertemankan manusia yang baik.

Seorang alim sedang memberi khutbah akan keagungan Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Ramai penganut agama tauhid hadir.

“Amat benar sekali, wahai warga Tarsus! Sekiranya Allah memberi hidayahnya, tiada siapapun yang dapat menghalang. Barangsiapa yang disesatkan-Nya, justeru perbuatan jahat sendiri, nescaya tiada ada satu makhluk pun yang mampu menghindarnya.

“Para pemuda gua itu, dilindungi Allah Taala. Pandangan mata kasar ke arah gua itu tidak dibenarkan oleh Allah, melainkan pastinya mereka yang lalu di situ akan melarikan diri. Sungguh, para pemuda dan anjing itu diselimuti fenomena yang menyeramkan ... sehingga batas waktu yang bakal ditentukan Allah.”


Kemudian orang alim itu membacakan isi Kitab Injil:

“Dan dia akan menghidupkan benteng-benteng kota nenek moyang kita dahulu sebahagian dengan sebahagiannya. Maka, manakala disaksikan orang hancurnya penyembahan patung-patung dari muka bumi ini diketahui oleh orang ramai, bahawa sesungguhnya aku ini seperti manusia lain juga. Maka kebenaran aku katakan kepadamu, sesungguhnya di kala itu Nabi Allah akan datang.” (Injil Barnabas 72:23-24)

“Di manakah tempat Nabi akhir zaman itu, wahai pendita?” seorang lelaki bertanya.

“Paran. Itulah nama tempat yang dijanjikan Allah untuk umat manusia.”

“Di mana ... di mana?” kedengaran suara orang ramai.

** Petikan dari novel NAKHODA AGUNG.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

Catur Dunia - Jatuhnya harga minyak bakal memperkuat cengkaman AS


Peluang untuk mengurangkan harga minyak menguatkan kawalan Amerika Syarikat (AS) ke atas rizab global. Maka ia membolehkan penimbunan besar minyak dan mungkin juga lebih penting untuk meningkatkan tekanan kepada pengeluar Timur Tengah untuk meliberalisasikan ekonomi mereka mengikut garis panduan (baca: telunjuk) Barat.

Fakta terdahulu yang perlu diketahui ialah beberapa negara besar termasuk Rusia dan China mengancam akan melakukan perdagangan dalam mata wang mereka sendiri. Matlamat ialah mereka mahu lari dari terus bergantung kepada nilai mata wang Dollar AS (USD) yang menjadi mata wang de-facto dunia selama 60 tahun terakhir ini. Jadi matlamat AS ialah terus memperkuat USD bagi mempertahankan hagemoni status global.

Lihat pula kaitan dengan posisi AS secara global dan hagemoni USD di wilayah besar Eurasia.  Sejak 10 tahun yang lalu paksi telah dibentuk oleh Rusia, China dan Iran (sedikit sebanyak), dalam usaha untuk mengehadkan pengaruh Amerika Syarikat. Inisiatif Jalan Sutera, Kesatuan Eurasia dan persahabatan saluran paip (minyak dan gas), penubuhan bank pembangunan Asia dan bank pelaburan infrastruktur Asia, adalah contoh-contoh strategi yang direka untuk mengehadkan pengaruh Amerika Syarikat.

Runtuhnya harga minyak membolehkan AS secara ekonomi mencederakan dua anggota paksi, dan oleh itu menjejas teruk keupayaan mereka untuk menyekat posisi penguasaan global AS.

Untuk dunia Islam, boleh difikirkan percaturan Yakjuj dan Makjuj. Lihat pula buah-buah catur yang ditarikan oleh dua blok; AS-NATO (Yakjuj) dan Rusia-China (Makjuj), dalam membinasakan wilayah Syam.

** Pemerhatian dari saya, Web Sutera yang cetek ilmunya. Boleh untuk tidak bersetuju. Wallahua'lam.

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

GUA CINTA: Travelog Mujahidin

GUA CINTA - Travelog Mujahidin, sebuah novel 416 muka surat. Insya-Allah, akan segera menyala!

Pemuda jihad, Mujahidin dan alam buana... sama-sama mencari CINTA! Demi CINTA, sebuah GUA dan banjaran gunung bersaksi akan keimanan para pemuda. Perang itu tipu muslihat, sabda Rasulullah SAW.

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger